Penerimaan Unsur Tradisi: Penerokaan Anteseden Berkaitan Serta Hubungannya Dengan Penghayatan Terhadap Perlembagaan Persekutuan
Keywords:
Perlembagaan Persekutuan Malaysia, , Unsur Tradisi, Kontrak Sosial, Perpaduan NegaraAbstract
Unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia terdiri daripada agama persekutuan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa bumiputera serta institusi Raja-raja. Menurut Dasar Perpaduan Negara 2021, penerimaan terhadap keempat-empat perkara tersebut adalah penting dalam pembentukan tapak integrasi bagi perpaduan. Justeru kajian ini meneroka anteseden yang dapat membawa kepada penerimaan unsur tradisi berdasarkan kepada kajian terdahulu sebagai panduan. Dalam hal ini, kaedah yang digunakan adalah dengan membangunkan cadangan kerangka kajian melibatkan kerangka teoretikal dan kerangka konseptual. Hasil kajian mendapati terdapat tiga anteseden yang dikenalpasti dapat membawa kepada penerimaan unsur tradisi iaitu pengetahuan, kefahaman dan kepercayaan. Selain itu, penerimaan unsur tradisi juga berperanan sebagai pengantara yang dapat membawa kepada penghayatan terhadap unsur tradisi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, kerangka kajian yang dicadangkan ini dapat diuji keabsahannya menerusi pelaksanaan kajian kuantitatif melibatkan kumpulan responden tertentu yang dipilih sebagai sampel kajian.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
CC Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 (CC BY-NC-ND 4.0): This license allows for non-commercial use, sharing, and distribution of the work, but prohibits modification, adaptation, and derivative works.