Lim Lian Geok Jiwa Budaya Cina Malaysia

Perwatakan Menurut Perspektif Dramaturgikal Goffman

Authors

Keywords:

bahasa ibunda; bahasa rasmi; Dong Jiao Zong; Lim Lian Geok; masyarakat etnik Cina

Abstract

Artikel ini meninjau perwatakan Lim Lian Geok (林连玉 Lin Lian Yu, 1901-1985) sebagai seorang pejuang pendidikan bahasa ibunda Cina. Kemuncak bantahan Lim terhadap polisi pendidikan pascakemerdekaan menyebabkan hak kewarganegaraan Lim dilucutkan dan tauliah mengajar ditarik balik. Lim tidak tunduk mengalah sehinggakan Lim dinobatkan sebagai ‘Jiwa Budaya Cina Malaysia’. Namun begitu, pengiktirafan terhadap perwatakan Lim nyata terbatas dalam kalangan anggota masyarakat etnik Cina. Tidak ramai anggota masyarakat etnik lain mengiktiraf sumbangan Lim, melainkan mereka mengikuti perkembangan semasa isu pendidikan bahasa ibunda Cina. Sehubungan itu kajian ini meninjau keupayaan Lim menampilkan dirinya dalam perjuangan bahasa ibunda dalam perspektif Dramaturgikal Goffman, berasaskan penelitian kepustakaan dengan meneliti bahan rujukan dalam bentuk jurnal, buku, dan artikel. Hasil kajian mendapati Lim berjaya ‘melakonkan’ perwatakannya dalam masyarakat etnik Cina tetapi telah gagal ‘melakonkan’ perwatakannya dalam masyarakat selain etnik Cina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat percanggahan pandangan antara Lim dengan kerajaan. Tuntutan Lim menemui kegagalan kerana kerajaan melalui sistem pendidikan aliran perdana yang mendukung aspirasi nasional perlu lebih mengutamakan kepentingan nasional secara keseluruhan. Kajian ini dapat menyimpulkan kemunculan pejuang pendidikan bahasa ibunda Cina yang tidak pernah patah semangat menuntut hak pendidikan bahasa ibunda.

Downloads

Published

03-04-2023

How to Cite

Chin, T. Y., & Tang, N. A. A. (2023). Lim Lian Geok Jiwa Budaya Cina Malaysia: Perwatakan Menurut Perspektif Dramaturgikal Goffman. Journal of Ethnic and Diversity Studies (JOEDS), 1(1). Retrieved from https://joeds.com.my/index.php/home/article/view/8