Komunikasi dan Interaksi Bermakna Rentas Etnik dalam Kawasan Rukun Tetangga:

Implikasi terhadap Kesepaduan Sosial

Authors

  • Nur Anis Amalina Amir Hamzah 3Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azlina Abdullah Program Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Sobhi Ishak 3Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azizah Sarkowi Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia

Keywords:

interethnic communication, meaningful interaction, social cohesion, neighbourhood, Kawasan Rukun Tetangga, malaysia, multicultural society

Abstract

Malaysia ialah negara majmuk yang dibina atas kepelbagaian etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam konteks ini, hubungan sosial di peringkat akar umbi sangat penting untuk mengekalkan kestabilan masyarakat. Kajian ini meneliti komunikasi dan interaksi bermakna rentas etnik dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai ruang sosial untuk membina kesepaduan sosial. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan dengan soal selidik berstruktur yang melibatkan 3408 responden daripada pelbagai etnik di seluruh Malaysia. Data dianalisis secara deskriptif melalui frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi dimensi individu, keluarga dan komuniti. Dapatan menunjukkan bahawa interaksi rentas etnik dalam KRT berada pada tahap yang positif. Komunikasi asas seperti bertanya khabar, berbual dan menerima kunjungan rakan berlainan etnik mencatatkan skor yang tinggi. Sokongan keluarga terhadap persahabatan rentas etnik juga kukuh, namun penerimaan terhadap perkahwinan campur masih sederhana. Pada tahap komuniti, perkongsian kemudahan awam dan persepsi terhadap keamanan kejiranan menunjukkan tahap kesepaduan yang baik. Kajian merumuskan bahawa KRT berfungsi sebagai medan sosial yang berkesan untuk memupuk hubungan rentas etnik dan mengukuhkan kesepaduan sosial.

References

Adler, P.S. & Kwon, S.W. 2002. Social Capital: Prospects for a New Concept. Academy of Management Review 27(1): 17–40.

Blokland, T. & Nast, J. 2023. Neighbourhood Social Life and Belonging. Urban Studies 60(4): 789–805.

Coleman, J.S. 1988. Social Capital in The Creation of Human Capital. American Journal of Sociology 94: S95–S120.

Creswell, J.W. 2014. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. 4th ed. Thousand Oaks: Sage.

Dragolov, G., Ignácz, Z., Lorenz, J., Delhey, J. & Boehnke, K. 2021. Social Cohesion in the Western World. Cham: Springer.

Fonseca, X., Lukosch, S. & Brazier, F. 2020. Social Cohesion Revisited: A New Definition and How to Characterize It. Innovation: The European Journal of Social Science Research 33(2): 231–253.

Ibrahim, Z. & Hassan, N. 2023. Community Cohesion and Ethnic Tolerance In Malaysia. Journal of Nusantara Studies 8(1): 1–15.

Jenson, J. 1998. Mapping Social Cohesion: The State of Canadian Research. Ottawa: Canadian Policy Research Networks.

Koopmans, R. & Schaeffer, M. 2021. Relational Diversity and Social Trust. American Sociological Review 86(6): 1023–1055.

Laurence, J. 2020. Cohesion Through Participation? Journal of Ethnic and Migration Studies 46(5): 1029–1048.

Mak Din, H.A., Hassan, N.A., Mansor Mohd Noor, Abdullah, A., Ismail, M.M. & Yunus, M.M. 2020. Hubungan Sosial Rentas Etnik ke arah Pengukuhan Kesepaduan Sosial di Malaysia. Islamiyyat 42: 107–113.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor. 2013. Kesepaduan Sosial dan Kejiranan di Kawasan Rukun Tetangga. Jurnal Kinabalu 19: 53–75.

Neal, S., Bennett, K., Cochrane, A. & Mohan, G. 2021. Multiculture and Everyday Encounters. Social & Cultural Geography 22(1): 1–20.

OECD. 2012. Perspectives on Global Development 2012: Social Cohesion in a Shifting World. Paris: OECD Publishing.

Schiefer, D. & van der Noll, J. 2021. The Essentials of Social Cohesion. Social Indicators Research 132(2): 579–603.

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia sebagai Work-in-Progress. Bangi: Penerbit UKM.

Tamring, B.A.M., Esa, M.S. & Ibrahim, M.A. 2020. Hubungan kaum dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Pantai Barat Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 5(11): 147–158.

Varshney, A. 2002. Ethnic Conflict and Civic Life. New Haven: Yale University Press.

Wessendorf, S. 2020. Commonplace Diversity. Ethnic and Racial Studies 43(1): 1–19.

Yusof, N. & Abd Rahman, N. 2022. Inter-ethnic Relations and Social Cohesion in Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 7(3): 1–12.

Downloads

Published

02-07-2026

How to Cite

Amir Hamzah, N. A. A., Abdullah, A., Mohd Sobhi Ishak, M. S. I., & Sarkowi, A. (2026). Komunikasi dan Interaksi Bermakna Rentas Etnik dalam Kawasan Rukun Tetangga: : Implikasi terhadap Kesepaduan Sosial. Journal of Ethnic and Diversity Studies (JOEDS), 4(1). Retrieved from https://joeds.com.my/index.php/home/article/view/102