Keseliratan Kepimpinan Wanita dalam Masyarakat Sivil di Malaysia
Keywords:
Kepimpinan Keseliratan, Gender, Masyarakat Sivil, Pemerkasaan Wanita, Pembuatan KeputusanAbstract
Penglibatan wanita di peringkat kepimpinan baik dalam sektor ekonomi, sosial dan politik masih memerlukan pembaikan agar selari dengan yang digariskan dalam beberapa dasar kerajaan serta komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa. Beberapa kajian utama menjelaskan kedudukan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor ekonomi dan politik tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai kedudukan wanita dalam organisasi masyarakat sivil. Penglibatan dan kepimpinan wanita dalam organisasi masyarakat sivil ini adalah aspek penting apabila menilai landskap yang lebih luas berkaitan penyertaan wanita dalam proses pembuatan keputusan. Justeru, kajian ini berusaha untuk memberikan analisis mendalam terhadap kerumitan cabaran dan intervensi yang diperlukan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam peranan kepemimpinan. Penekanan khusus dalam konteks Malaysia yang unik dan pelbagai, yang dicirikan oleh kepelbagaian dan landskap sosio-politik yang kompleks dan mendapati bahawa cabaran dan intervensi yang dihadapi oleh wanita bermula dari ruang domestik, yang membezakannya dengan banyak kajian antarabangsa – yang mana dinamika budaya dan keluarga memberi kesan yang signifikan terhadap peluang kepemimpinan wanita. Selain itu, adalah penting untuk mengakui bahawa peningkatan kepemimpinan wanita tidak sematamata bergantung kepada cabaran struktural dan sistemik. Faktor-faktor seperti modal sosial dan pemerkasaan psikologi memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan kepemimpinan wanita. Oleh itu, kajian ini mengiktiraf keperluan pendekatan yang menyeluruh dan terangkum yang melibatkan pelbagai sektor masyarakat untuk meningkatkan penyertaan dan kepemimpinan wanita dalam organisasi masyarakat sivil di Malaysia. Tuntasnya, walaupun cabaran dalam bidang kepemimpinan wanita di Malaysia adalah kompleks dan berakar dalam pelbagai aspek, Kajian ini juga secara tidak langsung ingin menyumbang
memperkayakan lagi wacana akademik dan memberi panduan kepada inisiatif dasar dan praktikal untuk memperkasakan wanita dan memastikan penyertaan mereka aktif dan berkesan dalam peranan kepemimpinan di semua sektor masyarakat Malaysia.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
CC Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 (CC BY-NC-ND 4.0): This license allows for non-commercial use, sharing, and distribution of the work, but prohibits modification, adaptation, and derivative works.