Ulasan buku Yi-Fu Tuan. 1977. Space and Place: The Perspective of Experience. Minneapolis: University of Minnesota Press

Authors

  • Ahmad Afif Zulkipli Independent researcher

Abstract

Buku ini membincangkan tentang persoalan ruang dan tempat yang diperjelaskan menerusi pendekatan geografi humanistik. Ia merupakan sebuah pendekatan konseptual yang memfokuskan kepada manusia beserta keupayaannya yang unik untuk membentuk sebuah pengetahuan dan kefahaman yang jelas berkait hubungannya dengan lingkungan persekitaran mereka. Menurut pengarang Yi-Fu Tuan, pengalaman adalah suatu istilah yang meliputi kesemua kepelbagaian kaedah yang digunakan untuk mengetahui dan membentuk sesebuah realiti. Dengan menggunakan perspektif pengalaman ini, Tuan menjelaskan definisi ruang dan tempat yang melampaui definisi fizikal yang biasa. Beliau kemudiannya mengembangkan perbincangan kepada idea geografi peribadi dan geografi kebersamaan. Seterusnya, beliau juga menyelusuri bagaimana ruang mitos/mistik dan ruang seni bina mempengaruhi kesedaran manusia terhadap dunia mereka. Hubungan ruang dan masa adalah merupakan sebuah kesepaduan yang menyebabkan lahirnya elemen keintiman dan keterikatan seseorang terhadap sesuatu tempat. Di bahagian akhir buku ini, beliau memberikan sebuah rumusan tentang makna ruang dan tempat dari perspektif kepengalamanan. Bagi Tuan, tempat adalah apabila kita hadir di situ dan mengalami, lantas melahirkan makna dan ingatan.

This book explores the concepts of space and place through the lens of humanistic geography. It presents a conceptual approach that emphasizes the unique human capacity to create knowledge and understanding in relation to their environment. According to the author, Yi-Fu Tuan, experience encompasses the various methods used to comprehend and shape reality. By adopting this experiential perspective, Tuan offers a definitive understanding of space and place that transcends conventional physical definitions. He further develops the discussion to include personal geography and collective geography. Additionally, he examines how mythical/mystical spaces and architectural spaces influence human awareness of their surroundings. Furthermore, the relationship between space and time forms a unity that fosters intimacy and attachment to specific places. In the concluding section of the book, Tuan summarizes the meaning of space and place from an experiential viewpoint. For him, a place is defined by our presence and experiences within it, leading to the creation of meaning and memory.

Downloads

Published

25-12-2024

How to Cite

Zulkipli, A. A. (2024). Ulasan buku Yi-Fu Tuan. 1977. Space and Place: The Perspective of Experience. Minneapolis: University of Minnesota Press. Journal of Ethnic and Diversity Studies (JOEDS), 2(2). Retrieved from https://joeds.com.my/index.php/home/article/view/56