Sebuah Ulasan Buku: Lim Swee Tin. 2002. Berkelana di Belantara Kata. Penerbitan Pustaka Nusa Sdn Bhd.

Book Review: Lim Swee Tin. 2002. Berkelana di Belantara Kata. Penerbitan Pustaka Nusa Sdn Bhd.

Authors

  • Syauqi Arshad Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Nur Atiqah Tang Abdullah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keywords:

Sastera Melayu, Etnik Minoriti, Catatan, Teknik Puisi, Pemuisi Malaysia

Abstract

Buku yang membawa tajuk ‘Berkelana di Belantara Kata’ ini merupakan suatu penghasilan catatan kehidupan peribadi Lim Swee Tin dalam tiga dekad menelusuri alam sastera. Sebuah kumpulan tulisan yang jujur dan telus yang merangkumi pengenalan dan keterangan diri, pemerhatian, kritikan, dan juga pengharapan dalam industri persuratan sastera dalam negara. Dalam tulisan beliau juga kita dapat menjenguk ke dalam ruang perkembangan sastera melayu melalui kaca mata yang dipinjamkan, dapat juga kita sesekali meninjau ke jendela seorang penyair yang arif tentang selok-belok birokrasi penerbitan karya kreatif di Malaysia. Seterusnya, Lim Swee Tin memperlihatkan tentang kepelbagaian dan kedinamikan etnik penyair dalam salah satu makalah, di samping peranannya sebagai pemuisi dari etnik minoriti dalam sastera Melayu. Secara keseluruhannya, buku ini menawarkan eksplorasi idea dan kefahaman yang bermutu tinggi dalam perjalanan seorang penyair dalam dunia sastera Melayu yang divisualisasikan dalam penulisan santai.

Downloads

Published

26-11-2025

How to Cite

Arshad, S., & Abdullah, N. A. T. (2025). Sebuah Ulasan Buku: Lim Swee Tin. 2002. Berkelana di Belantara Kata. Penerbitan Pustaka Nusa Sdn Bhd.: Book Review: Lim Swee Tin. 2002. Berkelana di Belantara Kata. Penerbitan Pustaka Nusa Sdn Bhd. Journal of Ethnic and Diversity Studies (JOEDS), 3(2). Retrieved from https://joeds.com.my/index.php/home/article/view/66